Saturday, February 5, 2011

RAHSIA WANITA ISLAM

            "Ibu adalah keabadian bagi semua wujud..penuh cinta dan kedamaian."

Ketika seorang ibu melahirkan, ibuku mengatakan sakitnya luar biasa, Berjuang antara hidup dan mati, Nafas itu serasa di pangkal tenggorokan...namun saat bayi itu keluar, menangis pertama kali kerana takut akan dunia,merasa aman di rahim ibu, didekatkan anak itu kepada si ibu...seketika sakit yang luar biasa dirasai si ibu hilang apabila melihat seorang makhluk mungil, buah hatinya...ia ciumi buah hatinya,ia usap kepalanya, bayi itu berhenti menangis, ada si ibu yang menjaga...dua hati itu bersatu... oleh karena itu Allah sangatlah sayang kepada wanita. Bukankah Islam itu indah?

Message: Kaum feminis mengatakan susah jadi wanita ISLAM, lihat saja peraturan-peraturan dibawah ini:

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita persaksianya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka (warisan) kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak harus selalu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Tetapi, pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)?

1. Benda yang mahal harganya tentu akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang aman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan beselerak bukan? Itulah analogi seorang wanita Islam.

2. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

3. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sebaliknya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya!

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoaka n oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan jika meninggal kerana melahirkan adalah syahid.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Sebaliknya, Seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi wanita jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH.... demikian sayangnya ALLAH pada wanita.. kan ?
                                

BIDADARIKU ?.. INSYA-ALLAH





"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali
Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.

Monday, January 24, 2011

Tokay gecko atau tokek !

24 JAN-Assalamualaikum,da lame betol saya tak update blog ni..saya mintak maaf sangat2.sekarang ni saya terlalu minat dengan cicak ni. nama dia gecko tapi orang melayu panggil tokek sebab bila cicak tu keluarkan suara bunyi dia tokek..hehe..cicak ni mahal betol sampai melebihi RM 1 juta ringgit. memang senang kaya la bagi sape yg berniaga cicak ni.






gambar diatas ni pulak adalah cicak yg paling besar didunia yg dijumpai di tawau sabah.berat dia 64 kg.

ni pulak adalah harga pasaran tokek pada 2011 :
 Harga tokek pada Januari 2011 :
220gram =RM3,000.00-RM5,000.00
230gram =RM5,000.00-RM8,000.00
250gram =RM8,000.00-RM15,000.00
280gram =RM10,000.00 - RM30,000.00
300gram =RM150,000.00-RM200,000.00
350gram =RM200,000.00 ke atas
400gram =RM300,000.00 ke atas
500gram-999gram =RM1,000,000.00-RM5,000,000.00
1000gram- ke atas =RM6,000,000.00- RM50,000,000.00

HARGA PASARAN TOKEK PADA OKTOBER 2010 :-

420 gram - 499g gram = RM1 juta
500 gram - 599 gram = RM3 juta
600 gram - 699 gram = RM5 juta
700 gram - 799 gram = RM7 juta
800 gram - 899 gram = RM9 juta
900 gram - 1 kilo = RM12 juta

"TOKEK BATU"

1kg = rm300,000
2kg = RM600,000
3KG = RM1,000,000


haha.kesimpulannya tokek ni memang membuka mata saya..salam

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Kita semakin lama semakin meninggalkan hari. Tahun berganti tahun. kita patut meyambut tahun baru ini dengan hati yang terbuka. pada tahun baru ini saya ingin meningkatkan usaha terhadap segala amal ibadat dan dakwah. saya ingin membuang perkara yang tidak elok dalam diri saya ini dan memperbaiki segala kelemahan. Ya-Allah,aku mohon kepadamu,Kau bimbinglah aku ke jalanMu Ya-Allah. permudahkanlah urusanku dan perihalalah kami dari azab api nerakaMu. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Kau Ya-Alla                            SALAM MAAL HIJRAH 1432M

Wednesday, November 17, 2010

4 Dinamik in Memory

Kenangan hari terakhir di 4 Dinamik :
                                                  
      Jeneral kami adalah Ustaz fattahurahman.
                                
  inilah ketua bagi putera dan puteri 4 Dinamik, Taufik ghazali.

            
   inilah pula penolong putera dan puteri 4 Dinamik ,Nur haziqah

            
    inilah pula director dan cameraman kami, Hazril kamaruddin


   inilah pula penolong director,asyraaf azman

Dibawah ini adalah gambar putera dan puteri 4 Dinamik:


























selamat tinggal 4 Dinamik , semoga berjumpa lagi !!!

Selamat Tinggal 4 Dinamik

16 November 2010-Hari ini merupakan hari yang terakhir persekolahan bagi tahun 2010. aku rasa sedih sangat kerana kelas ini telah melabuhkan tirainya. walaupun kiteorang ada lagi setahun disekolah itu tapi ini merupakan kelas yang amat istimewa dalam hidup aku. ini lah kelas yang terbaik yang pernah aku dapat dalam hidup aku. kami putera puteri 4 Dinamik sudah seperti keluarga. susah senang kita hadapi bersama. tambahan pula,guru-guru yang amat baik sekali dan ustaz adalah insan yang banyak memberikan dorongan kepada kami. terima kasih saya ucapkan..hari ini banyak gak gambar yang kiteorang tangkap untuk dijadikan kenangan buat hidup kami. rasa macam da habis sekolah je. hahahaha..
Dibawah ni terdapat gambar-gambar yang boleh dijadikan kenangan buat selamanya untuk kelas 4 Dinamik..
hahahahahaha..lawak ouh diorang ni. sempoi la 4 Dinamik !!!


ni pulak adalah video yang kiteorang rakamkan khas buat 4 Dinamik. saksikanlah !

Monday, October 4, 2010

Karya Muhammad Alexander yang mesti dibeli !



Buku ini mengemukakan banyak hujah dan bukti bagi menguatkan teori bahawa Alexander The Great itu adalah Nabi Zulkarnain.
Dikatakan juga Alexander adalah orang yang telah membina tembok Yakjuj-Makjuj.
Semenjak dahulu sehingga hari ini, ada 2 kubu tentang persoalan siapa Alexander yang sebenarnya. 
Satu buku mengatakan Alexander bukan Nabi Zulkarnain. Mereka mengemukakan hujah-hujah yang kuat bagi membuktikan hal itu.
Satu lagi buku mengatakan Alexander adalah orang yang sama dengan Nabi Zulkarnain. Mereka juga mengemukakan hujah-hujah mereka yang tidak kalah kuatnya.

Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)